Macam mana ‘frontliner’ solat?
Susunan
MOHD. RIDZWAN IMAN
ASSALAMUALAIKUM
semua. Ini merupakan artikel pertama saya yang akan dikongsi melalui blog sembangchewann@blogspot.com yang mana
ilmu, berita atau maklumat ini demi faedah bersama.
Antara
fokus blog ini akan perkongsian ilmu-ilmu berkaitan dengan pengetahuan agama,
tips kesihatan dan isu semasa yang dipetik dari tulisan, ceramah atau wawancara
dari individu-individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing di pelbagai media.
Memandangkan
saya bukanlah seorang yang mempunyai latar belakang pendidikan agama atau
kesihatan, maka terdapat kemungkinan artikel saya akan mempunyai kesilapan dan
saya terlebih dahulu memohon maaf dan juga mohon ditegur.
Hari
ini saya tertarik dengan isu solat untuk frontliner yang diutarakan melalui
rancangan Borak Kopitiam di TV3 yang mana pengacara program telah menemubual
Ustaz Jafri Abu Bakar, seorang pendakwah bebas.
Sudah
tentu kita semua tahu mengenai peranan penting yang dimainkan oleh para petugas
di barisan hadapan yang dikenali sebagai ‘frontliner’ yang terpaksa bertugas ketika
wabak penyakit Covid-19 melanda seluruh dunia.
Tidak
kiralah sama ada mereka adalah anggota polis, tentera, imigresen, Pertahanan
Awam dan sebagainya yang terpaksa menjaga sempadan dan laluan jalan raya atau
para petugas kesihatan di hospital.
![]() |
| PETUGAS Kesihatan turut melakukan pembersihan kesan virus di masjid-masjid. - GAMBAR AFP dipetik dari laman web TheEconomist |
Sesetengah
daripada golongan ini adalah terdiri dari mereka yang menghadapi masalah
melakukan solat kerana tidak boleh menanggalkan pakaian peralatan keselamatan
(PPE) atau meninggalkan tempat bertugas dan bagaimana mereka berwuduk atau
solat ketika bertugas?
Adakah
kaedah solat mereka sama seperti kaedah solat medan atau solat bagi anggota
tentera atau solat khauf (ketakutan) iaitu solat yang ditunaikan ketika berada
di medan peperangan?
Ulama-ulama
fiqh sepakat menyatakan solat khauf ukan semata-mata dikhususkan untuk tentera
yang bertugas menghadapi musuh tetapi juga boleh digunakan oleh mereka yang
menghadapi ancaman kebakara, binatang buas dan lain-lain ancaman yang boleh
menyebabkan kemusnahan dan kehancuran.
Maklumat
bagaimana anggota tentera kita melakukan solat khauf boleh diperoleh dengan
melawat laman web https://malaysiamilitarypower.blogspot.com/2016/01/solat-medan-atau-juga-dikenali-sebagai.html.
Sudah
tentu cara solat yang dilaksanakan adalah mengikut yang pernah dilaksanakan
oleh Rasulullah dan sahabat ketika berperang menegakkan syiar Islam.
Bagi
yang ingin mengetahui bagaimana mengambil wuduk ketika pakaian mereka tidak
boleh dibuka (seperti anggota tentara di perbatasan yang tidak boleh membuka
pakaian atau kasut ketika bertugas) melakukan cara wuduk menggunakan khuf
(menyapu di luar), anda boleh mengunjungi laman youtube https://www.youtube.com/watch?v=nD2qbcIR64U.
Berbalik
kepada isu petugas frontliner kita, Ustaz Jafri menyenaraikan empat keadaan
bagaimana solat boleh dilakukan oleh frontliner yang berbeza-beza mengikut
tahap keperluan dan tempoh seseorang itu bertugas dan kebolehan menukar pakaian
peralatan keselamatan (PPE).
Ini
kerana difahamkan pakaian PPE tersebut adalah hanya untuk sekali pakai dan
buang, dan sudah tentu menyukarkan petugas yang memakaikan untuk mengambil
wuduk berulan-kali selepas mereka memakainya.
Katanya,
kemudahan memilih jenis-jenis solat untuk frontliner adala berbeza dan
seseorang tidak seharusnya memilih jenis solat yang memudahkannya sahaja
walaupun beliau sebenarnya tidak layak.
Ustaz
Jafri membahagikan jenis-jenis solat yang boleh dilakukan oleh frontliner
kepada empat jenis:-
1-
Solat seperti biasa. Mana-mana petugas yang tidak mempunyai masalah mengambil
wuduk dan boleh berhenti untuk melakukan solat dalam waktunya seharusnya solat
seperti biasa.
2-
Jamak suri – Jamak suri (jamak pada gambaran) merupakan melakukan solat di
waktu pertama di akhir waktu dan melakukan solat kedua di awal waktu.
Misalnya
seseorang boleh melakukan solat zohor di akhir waktu dan solat asar di awal
waktu bagi menjimatkan beliau untuk menukar pakaian PPE berulang kali. Solat
ini kelihatan seperti jamak kerana dilakukan dalam waktu yang dekat tetapi
sebenarnya dilakukan di dua waktu solat yang berbeza.
3 –
Jika petugas tidak dapat melakukan solat seperti jamak suri itu, mereka
dibenarkan melakukan solat jamak (kumpul) tanpa qasar (ringkas). Mereka tidak boleh melakukan jamak qasar
kerana ia hanya diikhususkan kepada musafit. Maka petugas boleh melakukan sama
ada jamak takdim atau jamak takhir tetapi melakukan rakaat yang sama seperti
solat biasa.
Kebanyakan
petugas kesihatan telah maklum mengenai kaedah ini terutama bago petugas
seperti doktor atau jururawat di bilik bedah yang tidak boleh meninggalkan
pesakit walaupun waktu solat telah habis ketika mereka sedang menjalankan
pembedahan.
4 –
Solat hormat waktu. – Penulis tertarik dengan penjelasan mengenai kaedah solat
ini kerana ia diajarkan oleh Tabung Haji ketika penulis menunaikan ibadat haji
tahun lepas.
Pengetahuan
ini diberikan kepada umat Islam yang menunaikan haji kerana mereka kebiasaannya
mengambil masa yang lama ketika di dalam kapal terbang atau ketika berada di
lapangan terbang yang menyebabkan sering terlepas waktu solat.
Petugas
kesihatan juga boleh menggunakan kaedah solat ini jika mereka mempunyai masalah
mengambil wuduk kerana tidak boleh menukar pakaian PPE dan sebagainya.
Solat
hormat waktu merupakan solat yang dilakukan dalam hadas (tanpa wuduk atau
tayamum) atau solat yang tidak boleh dilakukan dalam keadaan menghadap kiblat.
Penjelasan
mengenai solat hormat waktu dan solat dalam pesawat boleh diperoleh di laman
web https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1834-bayan-linnas-siri-ke-53-solat-di-atas-kapal-terbang-hukum-dan-caranya.
Menurut
artikel di laman web Mufti Wilayah Persekutuan itu dan juga seiring dengan
pendapat Ustaz Jafri Abu Bakar yang dikongsi dalam rancangan Borak Kopitiam
TV3, terdapat dua pendapat mengenai keperluan menqada semula solat hormat waktu
ini.
Pendapat
pertama ialah perlu menqada semula solat itu setelah keadaan mengizinkan (boleh
mengambil wuduk atau tayamum) dan ini
merupakan pendapat paling sahih mengikut ulama mazhad Imam Al-Shafie.
Pendapat kedua ialah wajib solat hormat waktu
dan tidak wajib menqadanya semula. Ia merupakan piihan Imam Al-Muzani.
Demikianlah keindahan Islam, yang sentiasa
memberi kemudahan kepada para penganutnya untuk menunaikan ibadat yang paling
penting iaitu solat mengikut keadaan dan keperluan semasa.
Diharap perkongsian ilmu kali ini bermanfaat
untuk kita semua. – CHE WANN

wow..hebak abe wam..
ReplyDelete👍👍👍
ReplyDeleteperkongsian yg hebat...
ReplyDelete