Posts

Showing posts from April, 2020

PKP-4: 8 jenis perniagaan perlu dibuka segera!

Image
BENGKEL motosikal antara jenis perniagaan yang perlu dibenarkan beroperasi sempena Perintah Kawalan Pergerakan fasa IV. - Gambar Hiasan KUALA LUMPUR 28 April - Mulai esok, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memasuki fasa keempat, yakni kesemua rakyat Malaysia telah diminta berada di rumah melebihi sebulan setengah – tidak boleh pergi ke tempat kerja, berniaga, beriadah atau keluar dari kawasan rumah tanpa alasan munasabah. Bagi rakyat Malaysia, arahan itu dipatuhi tanpa masalah walaupun sebahagian besar daripada mereka telah mula ‘resah dan tertekan’ kerana terlalu lama terperuk di dalam rumah, terutama bagi yang tinggal di pangsapuri atau apartment. Kesemua kedai juga diminta ditutup kecuali restoran, pasaraya, pasar basah atau kedai runcit yang mana operasinya hanya dibenarkan dari pukul 8 pagi hingga 8 malam. Alasannya tidak mahu orang ramai beramai-ramai berkumpul dalam satu kedai, kawasan dan seterusnya memudahkan penyebaran virus. Bagi Che Wann, sudah tiba masa...

Adakah kita akan terus tertipu?

Image
SEBELUM merdeka, ada rakyat kita yang terpedaya dengan dakyah komunis. - GAMBAR HIASAN (https://ms.wikipedia.org/w/index.php?curid=144512) SEMALAM, bekas Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Zulkiflee Bakar menukilkan satu status di Facebooknya yang menyatakan rakyat Malaysia mungkin akan ditipu sekali lagi. Nukilan bekas bos Che Wann yang terkenal dengan penulisan politiknya itu menyatakan, selepas tertipu dalam Pilihanraya Umum yang lepas, rakyat mungkin akan tertipu sekali lagi berikutan isu semasa. Katanya, selepas sekali ditipu, kita mungkin akan tertipu sekali lagi mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa hanya 'kumpulan mereka' adalah pejuang penjawat awam yang sebenar; pejuang bagi pelajar, orang muda dan orang miskin; mempunyai bakal ‘Perdana Menteri terbaik; akan memberi bantuan lebih baik dan sebagainya. Mungkin ada yang akan bersetuju atau tidak dengan kenyatan Zulkiflee itu tetapi Che Wann lebih berminat melihatnya dari sudut kehidupan. Selepas menul...

Cukup-cukuplah ‘membuli’ budak U

Image
Kita tidak mahu para pelajar menggangap jiwa dan minda mereka ibarat hidup dalam penjara kerana PKP. - GAMBAR HIASAN (Kredit filem College Behind Bars)  Susunan MOHD. RIDZWAN IMAN(wann66@gmail.com) SELEPAS menulis artikel mengenai kesihatan dan tips perawatan cara Islam dua hari lepas, Che Wann tidak dapat menahan keinginan untuk menulis mengenai isu semasa berkaitan Covid-19 yang menjadi perbualan ramai. Tujuan Che Wann menulis bukan hendak mencari salah kerajaan kerana sudah tentu segala langkah dan tindakan diambil kerajaan setakat ini adalah yang terbaik untuk kepentingan rakyat walaupun akan ada ‘suara-suara nyamuk’ membingit di belakang. Biarkan Si Luncai dengan labu-labunya. Bagaimanapun, mengikut pandangan peribadi Che Wann, masih ada ruang untuk membaiki apa-apa sahaja tindakan yang kurang disenangi rakyat atau dalam bahasa kasarnya ‘tindakan menyusahkan’ yang tidak perlu. Antaranya isu yang Che Wann ingin sentuh kali ini ialah mengenai nasib para pelaja...

Rahsia orang Mekah rawat sendiri penyakit

Image
BACAAN ayat-ayat al-Quran merupakan penawar kepada pelbagai jenis penyakit. - GAMBAR HIASAN  Susunan MOHD. RIDZWAN IMAN ( wann66@gmail.com ) DI MUSIM penyebaran wabak Covid-19 sekarang, ramai daripada kita yang terkurung akan berfikir 10 kali untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan apabila demam, batuk atau selesema – penyakit biasa yang dihadapi oleh kebanyakan kita. Bukan apa, kita tentu terbayang akan dibawa dengan ambulan ke hospital untuk menjalni ujian Covid-19 jika memberitahu doktor di klinik mempunyai simpton-simpton itu di samping sesak nafas untuk potensi pesakit Covid. Sememangnya, langkah terbaik adalah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor jika mempunyai simpton-simpton tersebut dan kita tidak mahu berlagak ‘pandai’ membuat diagnosis penyakit sendiri yang akhirnya boleh membawa padah. Bagaimanapun, selain rawatan moden, kita masih boleh berusaha sendiri dahulu merawat sakit-sakit ringan menggunakan kaedah perubatan alternatif, term...

Macam mana ‘frontliner’ solat?

Image
Susunan MOHD. RIDZWAN IMAN ( wann66@gmail.com ) ASSALAMUALAIKUM semua. Ini merupakan artikel pertama saya yang akan dikongsi melalui blog sembangchewann@blogspot.com yang mana ilmu, berita atau maklumat ini demi faedah bersama. Antara fokus blog ini akan perkongsian ilmu-ilmu berkaitan dengan pengetahuan agama, tips kesihatan dan isu semasa yang dipetik dari tulisan, ceramah atau wawancara dari individu-individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing di pelbagai media. Memandangkan saya bukanlah seorang yang mempunyai latar belakang pendidikan agama atau kesihatan, maka terdapat kemungkinan artikel saya akan mempunyai kesilapan dan saya terlebih dahulu memohon maaf dan juga mohon ditegur. Hari ini saya tertarik dengan isu solat untuk frontliner yang diutarakan melalui rancangan Borak Kopitiam di TV3 yang mana pengacara program telah menemubual Ustaz Jafri Abu Bakar, seorang pendakwah bebas. Sudah tentu kita semua tahu mengenai peranan penting yang dimainka...