Rahsia orang Mekah rawat sendiri penyakit
![]() |
| BACAAN ayat-ayat al-Quran merupakan penawar kepada pelbagai jenis penyakit. - GAMBAR HIASAN |
Susunan MOHD. RIDZWAN IMAN
DI MUSIM penyebaran wabak Covid-19 sekarang,
ramai daripada kita yang terkurung akan berfikir 10 kali untuk ke klinik bagi
mendapatkan rawatan apabila demam, batuk atau selesema – penyakit biasa yang
dihadapi oleh kebanyakan kita.
Bukan apa, kita tentu terbayang akan dibawa
dengan ambulan ke hospital untuk menjalni ujian Covid-19 jika memberitahu
doktor di klinik mempunyai simpton-simpton itu di samping sesak nafas untuk
potensi pesakit Covid.
Sememangnya, langkah terbaik adalah mendapatkan
pemeriksaan dan rawatan daripada doktor jika mempunyai simpton-simpton tersebut
dan kita tidak mahu berlagak ‘pandai’ membuat diagnosis penyakit sendiri yang
akhirnya boleh membawa padah.
Bagaimanapun, selain rawatan moden, kita masih
boleh berusaha sendiri dahulu merawat sakit-sakit ringan menggunakan kaedah
perubatan alternatif, termasuk rawatan perubatan Islam.
Pelbagai kaedah rawatan alternatif sama ada
rawatan cara Islam, orang Melayu, India, Cina dan pelbagai bangsa lain di dunia
merupakan antara topik-topik yang Che Wann akan dikongsikan bersama pembaca
melalui portal ini.
Sebagai permulaan, saya kemukakan dahulu kaedah perubatan
ringkas yang dikatakan diamalkan oleh kebanyakan penduduk Mekah setiap kali
mereka sakit dan seterusnya mengurangkan jumlah kunjungan mereka ke klinik
untuk rawatan sakit-sakit ringan.
Walaupun maklumat ini diperoleh Che Wann melalui rantaian
WhatsApp yang dikongsi rakan-rakan (dan tidak pasti kebenaran cerita klinik
tidak dikunjungi selama 6 bulan), tetapi apabila dikaji langkah-langkah yang
dinyatakan adalah ikhtiar-ikhtiar yang sememangnya sering disarankan oleh pengamal
perubatan Islam.
Untuk faedah bersama agar ilmu ini tidak hilang begitu sahaja di
media sosial, saya berkongsi semula artikel itu dan bagi yang pernah membaca
artikel ini di WhatsApp, anggaplah ia sebagai peringatan semula.
Melalui maklumat bertajuk ‘Mengapa klinik di Mekah agak sepi’,
penulis artikel itu berkongsi pengalaman seorang doktor yang pernah membuka
klinik di tanah suci Al-Mukarramah selama enam bulan.
Sepanjang operasinya, doktor itu mendapati kliniknya sangat
kurang dikunjungi penduduk sekitar untuk berubat yang menimbulkan kehairanan
adakah penduduk di situ tidak pernah sakit?.
Akhirnya beliau mendapatkan jawaban dari salah seorang Muslim yang tinggal di kawasan tanah suci tersebut.
Setiap kali ditimpa penyakit, penduduk di sana
dikatakan akan mendahulukan usaha memohon kesembuhan kepada Allah melalui
solat, menggunakan kalimah-kalimah Al-Quran, bersedekah, berzikir dan bertaubat
serta memakan herba-herba sunnah yang pernah diamalkan Rasululullah dan
sahabat.
Berikut ialah urutan usaha atau tindakan yang dilakukan oleh mereka apabila mereka sakit:-
IKHTIAR PERTAMA
* Solat sunat dua rakaat dan memohon kesihatan kepada Allah. InsyaAllah sembuh dengan izin dan kasih sayang-Nya dan kalau belum sembuh, mereka akan lakukan ikhtiar seterusnya.
IKHTIAR KEDUA
* Baca Al Fatihah/surah-surah lain, tiupkan pada air dan minum.
Dengan amalan tambahan:
* Jika badan panas - mereka akan perbanyakkan membaca Salawat terhadap Rasulullah (kerana Salawat dikatakan sebagai penyejuk)
* Jika badan sejuk – mereka akan memperbanyakkan bacaan Ayat Kursi.
* Jika sakit yang dapat dilihat – mereka akan banyak bacaan surah Al Fatihah sambil mengusap- usap di bahagian yg sakit.
*Jika sakit tak terlihat - maka mereka akan perbanyakkan
bacaan Surrah Al Ikhlas, Al Falaq, An-Naas (sebagai penolak sihir).
Dan Alhamdulillah, kebiasaannya kami akan sihat kerana mengamalkan Ruqyah untuk diri sendiri ini.
Tetapi jika masih belum sihat, mereka akan lakukan ikhtiar ketiga.
IKHTIAR KETIGA
Dan Alhamdulillah, kebiasaannya kami akan sihat kerana mengamalkan Ruqyah untuk diri sendiri ini.
Tetapi jika masih belum sihat, mereka akan lakukan ikhtiar ketiga.
IKHTIAR KETIGA
* Memperbanyakkan sedekah dengan niat
mendapatkan pahala kebaikan dan dijadikan jalan sebagai penyembuh sakit. InsyaAllah,
akan dapat kesembuhan dan jika tidak sembuh juga, mereka akan ke ikhtiar
keempat.
IKHTIAR KEEMPAT
· Banyakkan
Istighfar untuk bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
· Sebab,
Nabi Muhammad SAW bersabda, “ mendapat sakit adalah penghapus dosa dan jika masih
belum sembuh, mereka akan mengambil ikhtiar kelima.
IKHTIAR KELIMA
* Seperti yang disarankan dalam kebanyakan
rawatan perubatan Islam, mereka akan minum madu dan memakan Habbatussauda
sebagai makanan berkhasiat.
IKHTIAR KEENAM
IKHTIAR KEENAM
* Mengambil makanan herba yang disarakan dalam
al-Quran seperti buah kurma, buah tin, zaitun, bawang putih dan sebagainya.
Dan sekiranya masih belum sembuh juga, barulah
mereka akan melakukan ikhtiar ketujuh.
IKHTIAR KETUJUH
IKHTIAR KETUJUH
- Mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor
yangg soleh.
InsyaAllah akan diberi kesembuhan dari Allah.
InsyaAllah akan diberi kesembuhan dari Allah.
Kesimpulannya, amalan-amalan tersebut yang
bersandarkan kepada akidah atau keyakinan yang memberi penyakit adalah Allah
dan Dia juga yang akan menyembuhkan.
Sememangnya kita ketahui banyak fadilat boleh
diperoleh daripada membaca surah-surat dalam Al Quran, sama ada berkaitan
penyembuhan penyakit atau melancarkan rezeki mengikut hajat kita.
Semoga bermanfaat. – CHE WANN

Comments
Post a Comment